Artikel Xi mengenai Pembangunan Industri Masa Hadapan Diterbitkan

(CRI)Isnin 01 Jun 2026

Jurnal Qiushi pada Isnin menerbitkan artikel Presiden Xi Jinping mengenai perancangan dan pembangunan industri masa hadapan.

Menurut artikel itu, usaha memperkasa industri masa hadapan adalah signifikan bagi memacu kuasa produktif kualiti baharu, membina sistem perindustrian moden dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Beliau dalam artikel itu turut menegaskan keperluan meningkatkan perancangan bersepadu, mengekalkan pacuan inovasi sains dan teknologi, mengoptimumkan peranan perusahaan, mewujudkan suasana kondusif dari segi dasar dan menyempurnakan sistem tadbir urus bagi memacu industri masa hadapan.

Video

Berita Berkaitan