China Lakar Sejarah, Rangkul 41 Emas WSC di Shanghai

(CRI)Isnin 28 September 2026

Kontinjen China melakar pencapaian cemerlang sepanjang penyertaan dalam WorldSkills Competition ke-48 yang melabuhkan tirainya di Shanghai pada Ahad.

Dalam acara berprestij itu kontinjen tuan rumah mendominasi saingan dengan meraih 41 pingat emas, 11 perak, 4 gangsa dan 6 anugerah kecemerlangan.

Pencapaian cemerlang itu menyaksikan China mempertahankan kedudukan teratas dalam carta kutipan pingat emas dan mata keseluruhan buat kali kelima berturut-turut.

Lebih istimewa, ini juga merupakan rekod prestasi terbaik China sepanjang penyertaannya di pentas WorldSkills Competitions (WSC).

Video

Berita Berkaitan