Xi Ucap Tahniah Sempena Perasmian WSC Ke-48

(CRI)Selasa 22 September 2026

Presiden China Xi Jinping mengucap tahniah sempena perasmian Kejohanan Kemahiran Dunia (WSC) Ke-48 pada Selasa.

Xi menyatakan dalam surat tahniahnya bahawa pada masa ini, lonjakan besar dapat disaksikan berturut-turut dalam revolusi teknologi dan transformasi industri yang baharu sehingga memberikan impak mendalam terhadap peningkatan kemahiran di peringkat global.

WSC yang sejajar dengan keperluan industri berperanan menyediakan platform untuk bakat yang berkaliber dari seluruh dunia memperbaiki kemahiran mereka dan belajar antara satu sama lain.

Xi menekankan bahawa China akan mengambil peluang dari penganjuran kejohanan ini untuk menggalakkan lebih ramai pekerja terutamanya golongan muda menempuh jalan kejayaan melalui kemahiran.

"China bersedia untuk memperkukuh kerjasama dengan semua pihak, merancakkan landskap kemahiran dunia, dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pertumbuhan ekonomi global demi kesejahteraan rakyat," katanya lagi.

Video

Berita Berkaitan