Indeks Keyakinan Pengguna AS Merosot ke Paras Terendah Sejak April 2014

(CRI)Rabu 30 September 2026

Indeks Keyakinan Pengguna di Amerika Syarikat (AS) susut untuk bulan ketiga berturut-turut pada September, menurut hasil tinjauan awal yang dikeluarkan The Conference Board, sebuah institusi penyelidikan AS pada Selasa.

Indeks tersebut mencatat penurunan kepada 81.9 berbanding 88.6 pada Ogos selepas semakan, sekali gus merupakan paras terendah sejak April 2014.

Penurunan tersebut didorong oleh kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, Fed, selain faktor ketegangan geopolitik.

Video

Berita Berkaitan