- Lain-lain
Mesyuarat Tahunan Lembaga Pengarah AIIB Fokuskan Impak dan Inovasi pada Masa Depan

Mesyuarat Tahunan Lembaga Pengarah Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) ke-11 telah diadakan di sini pada 28 hingga 29 September.
Bertemakan “Infrastruktur Masa Depan: Impak dan Inovasi", mesyuarat tahun ini disertai wakil-wakil dari seluruh dunia untuk membincangkan pembangunan lestari dan kerjasama pelbagai hala.
Presiden AIIB, Zou Jiayi ketika berucap pada mesyuarat tersebut telah menghuraikan keutamaan bank itu untuk fasa pembangunan seterusnya, di samping menegaskan bahawa infrastruktur kekal memainkan peranan signifikan dalam pembangunan, daya tahan, dan peluang di tengah-tengah ketidaktentuan global.

"Sasaran AIIB untuk fasa seterusnya adalah meluaskan impak pembangunan menerusi inovasi dan integriti.
"Mari kita bersama-sama membina keyakinan, hubungan dan infrastruktur untuk masa depan," kata beliau.
Menurut statistik, AIIB telah meluluskan 57 projek pada tahun lepas, melibatkan pembiayaan mencapai USD10.6 bilion. Antaranya 71 peratus pembiayaan itu berkait langsung dengan isu iklim, dan jauh lebih tinggi berbanding sasaran yang ditetapkan oleh bank tersebut.

AIIB diasaskan pada 2016 dengan 57 anggota pengasas. Kini jumlah anggotanya telah meningkat kepada 111 di seluruh dunia.
Dalam tempoh sedekad lalu, AIIB telah meluluskan pembiayaan kumulatif sebanyak lebih USD79 bilion bagi lebih 400 projek.
- Mesyuarat Tahunan Lembaga Pengarah AIIB Dirasmikan di Doha
- Mesyuarat Tahunan Lembaga Pengarah AIIB akan Diadakan di Doha
- PM Li: China Kekal Sebagai ‘Tanah Berkembang Maju’ Dalam Ekonomi Global
- AIIB: Pengalaman Pembinaan Prasarana China Amat Diperlukan
- China Mahu Jalin Kerjasama dengan Pelbagai Pihak, Pacu Perkembangan AIIB
- AIIB: Junjung Tinggi Multilateralisme, Galakkan Kemakmuran dan Pembangunan Global
- AIIB Sambut Ulang Tahun ke-7, Kini Kelola Projek di 33 Negara




