China Mahu Jalin Kerjasama dengan Pelbagai Pihak, Pacu Perkembangan AIIB

(CRI)Rabu 25 Jun 2025

China berharap dapat bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak bagi menyokong perkembangan berterusan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), memperkukuh kesalinghubungan infrastruktur dan pembangunan mapan di Asia.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Selasa.

Beliau berkata, Perdana Menteri China, Li Qiang dijadual menghadiri Majlis Pembukaan Mesyuarat Tahunan ke-10 Lembaga Pembangunan AIIB di Beijing esok.

Ujarnya, mesyuarat tahun ini yang bertemakan "Connecting for Development, Collaborating for Prosperity” bertujuan merumuskan pencapaian AIIB dalam tempoh sedekad lalu, serta merancang hala tuju bagi tempoh 10 tahun akan datang.

"China berharap bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memberi sumbangan baharu kepada kesalinghubungan infrastruktur dan pembangunan mampan di Asia serta penambahbaikan sistem tadbir urus ekonomi global, sekali gus menyumbang kepada komuniti berkongsi masa depan sesama insan," katanya.

Video

Berita Berkaitan