- Lain-lain
Xi, Dadae Bertukar Ucapan Tahniah Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik
(CRI)Selasa 13 Oktober 2026
Presiden China Xi Jinping dan Gabenor Jeneral Papua New Guinea, Bob Dadae bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada Isnin.
Xi dalam perutusannya menyatakan kesediaan bersama-sama Dadae untuk menyemarakkan persahabatan tradisional, memperkasa kerjasama dalam segenap bidang dan melonjakkan perkongsian strategik komprehensif China-Papua New Guinea ke tahap baharu sehingga memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.
Sementara itu, Dadae menzahirkan penghargaan terhadap ikatan muhibah yang terjalin dengan negara Tembok Besar sejak lima dekad lalu.
Katanya, Papua New Guinea ingin terus bersinergi dengan China bagi memantapkan lagi hubungan bilateral.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




