China, Papua New Guinea Komited Perkasa Perkongsian Strategik Komprehensif

(CRI)Jumaat 19 September 2025

Utusan khas Presiden China Xi Jinping, yang juga Menteri Ekologi dan Alam Sekitar Huang Runqiu menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Papua New Guinea (PNG) yang diadakan di Port Moresby, ibu negara PNG dari 15 hingga 17 September.

Pada majlis itu, Huang Runqiu menyampaikan salam dan ucapan tahniah daripada Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang kepada pihak PNG.

Beliau berkata, tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-PNG, justeru kedua-dua pihak perlu mengambil peluang ini untuk menambah elemen baharu dalam perkongsian strategik komprehensif bagi mendorong hubungan dua hala melonjak ke tahap baharu.

Sementara itu, pihak PNG memaklumkan, pihaknya menumpukan kepada perkembangan hubungan dengan China dan berpegang teguh kepada prinsip Satu China sejak sekian lama.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongan terhadap pembangunan sosioekonomi PNG dan komited memperkukuh kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang serta memperkasa perkongsian strategik komprehensif demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan