Perdagangan Barangan China Tumbuh 18.8 Peratus

(CRI)Rabu 14 Oktober 2026

Jumlah import dan eksport barangan China pada sembilan bulan pertama 2026 mencecah 39.94 trilion yuan (RM24.36 trilion), meningkat 18.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, nilai eksport menyumbang 23.2 trilion yuan (RM14.15 trilion) manakala import merekodkan 16.74 trilion yuan (RM10.21 trilion).

Dalam tempoh yang sama, nilai import dan eksport China menyasar entiti ekonomi APEC lain mencecah 24.07 trilion yuan (RM14.68 trilion) dengan pertumbuhan sebanyak 23.9 peratus.

Jumlah perdagangan barangan dengan rantau ASEAN pula mencecah 6.84 trilion yuan (RM4.17 trilion) iaitu menyaksikan lonjakan sebanyak 22.7 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan