- Lain-lain
Perdagangan Luar China Naik 3.5% Tujuh Bulan Pertama 2025
Berdepan dengan bertambahnya risiko dan cabaran ekonomi dan perdagangan di peringkat antarabangsa sejak tahun ini, perdagangan luar China menyaksikan pertumbuhan sebanyak 3.5 peratus bagi tujuh bulan pertama.
Menurut jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yongqian pada Khamis, pihaknya bersama dengan beberapa jabatan lain menumpukan kepada pemerkasaan sokongan kepada sektor korporat perdagangan luar dari segi dasar yang dilihat kondusif bagi mereka memperoleh surat tempahan dan memantapkan pekerjaan sejak suku tahun keempat 2024.
Dengan itu, pada Januari hingga Julai, import eksport antara China dengan negara-negara membangun terutama ekonomi baharu menokok 5 peratus, yang mewakili 65.5 peratus keseluruhan, antaranya perdagangan dengan ASEAN dan Afrika masing-masing menyaksikan pertumbuhan 9.4 peratus dan 17.2 peratus.
Untuk perincian, eksport produk permesinan meningkat 9.3 peratus, yang menyumbang 60 peratus keseluruhan eksport negara ini, sedangkan eksport produk pintar untuk kegunaan isi rumah, kenderaan elektrik, robot industri dan perkapalan terus meningkat pada kadar yang agak tinggi.
He menambah, pada konteks perdagangan global menghadapi risiko kemelesetan, China tetap giat memperluas keterbukaan di paras yang tinggi, berkeyakinan dan berkemampuan menstabilkan dan menambahbaik perdagangan dengan luar, dan bersama dengan lebih ramai rakan dagang menangani cabaran terbabit dan berkongsi peluang pembangunan.
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- Dagangan Luar Xinjiang Naik 27.3 Peratus Tujuh Bulan Pertama 2025
- Perdagangan Barangan China Catat Pertumbuhan Stabil dalam Tujuh Bulan Pertama 2025
- Perdagangan Perkhidmatan China Meningkat 13 Peratus pada Separuh Pertama 2025
- Forum Ekologi Global Guiyang 2025 Dirasmikan
- Dagangan Luar China Terus Berkembang Stabil
- Sorotan Perdagangan Asing China Lima Bulan Pertama 2025
- China Kembangkan Akses Bebas Visa Kepada Negara Amerika Latin, Mahu Pacu Hubungan Perdagangan
- Dagangan Luar China Terus Berkembang Kukuh
- Sokong Peranan Lebih Besar WTO Dalam Perdagangan Bebas - Naib Perdana Menteri China
- Q1 2025: Perdagangan Asing China Meningkat 1.3 Peratus