Guangxi: Provinsi Buah-buahan Nombor Satu China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 12 Oktober 2022

Data daripada Jabatan Statistik Negara (NBS) menunjukkan bahawa wilayah Guangxi menduduki tempat pertama di China dengan jumlah pengeluaran buah-buahan sebanyak 31.2113 juta tan pada tahun 2021, sekali gus menjadikan wilayah itu sebagai "provinsi buah-buahan". Ini bermaksud Guangxi dapat menyumbang buah-buahan sebanyak 22-kilogram untuk setiap penduduk China yang berjumlah 1.413 bilion.

Guangxi terletak di barat daya China, di tengah Garisan Sartan. Jumlah penurunan hujan tahunan boleh mencapai 1694.8mm. Gunung dan bukit yang meliputi 76.6% kawasan Guangxi menyediakan syarat baik bagi aktiviti pertanian. Menurut statistik, hampir 250 jenis buah-buahan boleh didapati di Guangxi, yang menduduki kira-kira 70% spesies pokok buah-buahan di seluruh China. Skala industri buah limau, mangga, pisang kaki, buah naga dan buah markisa menduduki tempat pertama, manakala buah laici, longan dan tebu pula boleh menduduki tempat kedua di negara ini.

Di Guangxi, bukan sahaja harga buah-buahan tempatan lebih murah, malah buah-buahan import yang umumnya mahal di China juga agak murah. Sebagai contoh, buah naga yang berasal dari kawasan gurun tropika di Amerika Tengah seperti Brazil dan Mexico telah masuk pasaran China dengan masa yang lama, namun harga runcitnya kekal tinggi. Akan tetapi harga runcit buah naga pula membawa peluang perniagaan untuk Guangxi sebab iklim wilayah itu sesuai untuk penanaman buah tersebut. Dalam tempoh dua tahun dari 2018 hingga 2020, jumlah pengeluaran buah naga telah meningkat daripada 237,700 tan kepada 457,600 tan, iaitu hampir satu kali ganda. Peningkatan jumlah pula membuatkan harga runcit buah naga menurun secara ketara.

Menurut "Rancangan Pelaksanaan Mendorong Pembangunan Berkualiti Tinggi Industri Buah-buahan Guangxi" yang diterbitkan baru-baru ini, nilai pengeluaran industri buah-buahan di wilayah ini dijangka akan mencecah RMB 200 bilion (≈ RM130 bilion), manakala kadar penghasilan buah-buahan yang berkualiti tinggi pula akan melebihi 80% menjelang tahun 2025.

Gaya Hidup