Ganding Bahu Atasi Risiko Kemelesetan Ekonomi Global

(CRI)Rabu 07 September 2022

Pentingnya sinergi untuk mengatasi risiko kemelesetan ekonomi global diberi penekanan dalam artikel ditulis penyelidik dari Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia (CSIS), Tjhin Susanna sempena berakhirnya Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022.

Menurut artikel itu, selaku negara yang menyumbang 30 peratus kepada industri pembuatan global, China mempunyai kebebasan kewangan yang cukup kukuh hingga berupaya mengatasi pelbagai krisis serta risiko larian modal sekali gus mengekalkan kestabilan ekonomi domestik.

Artikel itu menyebut, walaupun Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi kepada 3.2 peratus sementara meramalkan perdagangan barangan berkembang 3 peratus, namun tetap optimistik terhadap sektor perdagangan perkhidmatan.

Dalam pada itu, China mempunyai potensi yang luar biasa selaku pasaran pengguna terbesar dunia, didorong penaiktarafan struktur perbelanjaannya.

Seperti dinyatakan Presiden Xi Jinping dalam perutusan tahniahnya sempena CIFTIS 2022, China bersedia bersama-sama negara lain untuk mempertahankan multilateralisme jitu, menjunjung kerjasama saling untung, menggalakkan ekonomi perkhidmatan yang terbuka dan berkongsi demi menyuntik momentum kepada pemulihan serta pembangunan ekonomi dunia.

China akan terus melonggarkan akses pasaran untuk industri perkhidmatan, meningkatkan tahap keterbukaan perdagangan perkhidmatan rentas sempadan, di samping meneroka fungsi platform keterbukaan serta membentuk sistem keterbukaan industri perkhidmatan yang berstandard tinggi.  

Gaya Hidup