- Lain-lain
Pengaruh Timbang Tara China Makin Besar
![]() |
Forum Kemuncak Timbang Tara China 2022 diadakan pada Selasa. Dimaklumkan dari forum itu bahawa susun atur penimbang tara dalam Jawatankuasa Timbang Tara Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa China (CIETAC) makin diantarabangsakan, dan pengaruh timbang tara China kian meningkat di arena antarabangsa.
Pengerusi Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Ren Hongbin mengatakan, sebagai kaedah penyelesaian pertikaian ekonomi, perdagangan dan pelaburan antarabangsa, timbang tara memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perselisihan perniagaan, mengoptimumkan iklim perniagaan dan mendorong pembinaan pentadbiran di sisi undang-undang.
Setakat ini, CIETAC mempunyai 1,897 penimbang tara dari 144 negara dan kawasan di dunia, dan berjaya merealisasikan susun atur antarabangsa.
Para peserta forum kali ini berpendapat bahawa tatkala menghadapi peluang baharu yang dibawa ekonomi digital kepada pembangunan sejagat, integrasi antara sains dan teknologi dengan timbang tara antarabangsa perlu diperkasakan. Sementara itu, tahap pendigitalan, rangkaian dan kepintaran timbang tara perlu terus ditingkatkan.