China Bantah Penjualan Senjata Kepada Taiwan

(CRI)Khamis 08 September 2022

Amerika Syarikat (AS) harus mematuhi prinsip satu China dan tiga Pengumuman Bersama China-AS, berhenti menggunakan isu Taiwan untuk mengekang China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian dalam sidang media pada Rabu, ketika diminta mengulas kenyataan pegawai AS mengenai penjualan senjata kepada Taiwan.

Timbalan jurucakap Jabatan Negara AS, Vedant Patel baru-baru ini menyatakan bahawa penjualan senjata AS kepada Taiwan adalah untuk tujuan pertahanan, dan China tidak layak untuk memberi respons.

Mao Ning menegaskan bahawa pendirian China dalam hubungan ketenteraan AS dengan Taiwan dan penjualan senjata AS kepada Taiwan adalah konsisten dan jelas.

"Taiwan ialah sebuah provinsi China, dan masakan dapat sebut 'pertahanan'? Penjualan senjata AS kepada Taiwan yang menyokong 'kemerdekaan Taiwan' itu melanggar komitmen politiknya kepada China, dan akan mengakibatkan ketegangan baharu di Selat Taiwan.

"China akan mengambil tindak balas terhadap tindakan yang menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara ini, serta campur tangan kuasa luar dalam urusan dalaman China." ujar beliau.

Gaya Hidup