Washington Umumkan Darurat Kesihatan Awam Ekoran Kedatangan Pendatang Asing

(CRI)Jumaat 09 September 2022

Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser mengisytiharkan keadaan darurat kesihatan awam di bandar itu apabila beribu-ribu pendatang asing tiba di bandar tersebut dengan menaiki bas dari Arizona dan Texas pada 9 September waktu tempatan Amerika Syarikat(AS).

Bowser turut mengumumkan penubuhan pejabat kerajaan baharu untuk menangani masalah tersebut.

Dilaporkan bahawa Gabenor Texas, Greg Abbott dan Gabenor Arizona, Doug Ducey mula menghantar pendatang asing ke Washington pada April untuk membantah dasar imigresen Presiden Biden.

Setakat 8 September, Pejabat Gabenor Texas telah menghantar lebih 7,900 pendatang asing ke Washington dengan menggunakan 190 buah bas, manakala 2,200 lagi dihantar ke New York City dengan menggunakan lebih 40 buah bus dan lebih 300 pendatang ke Chicago dengan menggunakan lima buah bas. Dalam pada itu, Arizona pula menghantar 46 buah bas yang membawa 1,677 pendatang asing ke Washington. 

Gaya Hidup