China Serahkan Bijirin Bantuan kepada Mangsa Banjir Pakistan

(CRI)Selasa 13 September 2022

Duta Besar China ke Pakistan, Nong Rong ketika menziarahi mangsa di kawasan banjir di bandar Drabagti, provinsi Balochistan, barat daya Pakistan pada Ahad lalu telah menyerahkan bijirin sumbangan China kepada pihak berkuasa tempatan.

Setelah mengucapkan terima kasih atas bantuan China dalam majlis penyerahan tersebut, Menteri Kawalan Narkotik Pakistan Nawabzada Shazain Bugti menyatakan bahawa kedua-dua negara mempunyai persahabatan persaudaraan yang akrab antara satu sama lain, Parti Komunis China dan kerajaan China sentiasa menghulur bantuan apabila Pakistan mengalami kesukaran, dan Pakistan menanti-nantikan kerjasama dengan China bagi menaiktaraf pembinaan prasarana dalam bidang pendidikan dan perubatan.

Nong Rong berkata, bantu-membantu pada saat kritikal merupakan refleksi tradisi kedua-dua negara. Rakyat China tidak akan melupai bantuan Pakistan yang membekalkan kesemua khemah simpanannya kepada China setelah gempa bumi menggegarkan Wenchuan, provinsi Sichuan pada tahun 2008. China dan Pakistan diharap memperhebat kerjasama dalam membangunkan kampung halaman yang indah.

Turut serta, ratusan wakil mangsa banjir.

Untuk rekod, bijirin sumbangan China kumpulan ini adalah mencukupi bagi memenuhi permintaan sekurang-kurangnya 3,000 keluarga tempatan.

Menurut data statistik yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Bencana Negara Pakistan pada Selasa lalu, hujan lebat sejak pertengahan Jun lalu telah meragut 1,396 nyawa dan mengakibatkan 12,728 orang cedera.  

Gaya Hidup