Putin, Macron Bincang Keselamatan Loji Nuklear Zaporizhzhia

(CRI)Selasa 13 September 2022

Presiden Rusia, Vladimir Putin menghubungi rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron menerusi telefon bagi membincangkan situasi semasa Ukraine, pada Ahad.

Menurut laman sesawang Presiden Rusia, kedua-dua pihak meluahkan kesediaan untuk menjalankan kerjasama bukan saluran politik mengenai situasi loji tenaga nuklear Zaporizhzhia dan kawasan sekitarnya dengan penglibatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Pejabat Presiden Perancis dalam satu pengumuman pula berkata Macron akan terus mengekalkan komunikasi berhubung isu berkenaan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi.

Macron juga akan berbincang dengan Putin lagi dalam beberapa hari akan datang agar mencapai kata sepakat dalam memastikan keselamatan loji nuklear Zaporizhzhia.

Gaya Hidup