China Kurangkan Intensiti Pelepasan Karbon 34.4 Peratus

(CRI)Khamis 15 September 2022

China berjaya mengurangkan intensiti pelepasan karbon negara bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 34.4 peratus sejak tahun 2012.

Demikian umum Menteri Ekologi dan Alam Sekitar, Huang Runqiu dalam sidang media di Beijing, hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh sedekad lalu, pembangunan berkualiti sosioekonomi semakin beralih kepada cara mesra alam, menyaksikan pelepasan karbon dioksida berkurangan secara ketara.

Huang menjelaskan, prestasi baik itu disumbangkan khususnya oleh beberapa inisiatif, antaranya termasuk penyusunan semula struktur tenaga dan perindustrian dilakukan dengan mantap, sinki karbon dan keupayaan menangani perubahan iklim terus meningkat, pembinaan pasaran karbon dipergiatkan, serta sumbangan China dalam tadbir urus iklim global diteruskan.

Gaya Hidup