China, Turkmenistan Ikrar Perdalam Kerjasama Saling Untung

(CRI)Khamis 15 September 2022

China bersedia terus mendorong perkembangan hubungan dengan Turkmenistan demi kesejahteraan rakyat dua negara.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian semasa bertemu dengan rakan sejawatnya dari Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedov di Samarkand pagi tadi.

Beliau menyarankan kedua-dua negara memperkasa kerjasama gas asli, di samping mempercepat kerjasama dalam bidang bukan sumber tenaga dan mendorong penyelarasan antara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi 'kebangkitan semula Jalan Sutera' Turkmenistan.

Selain itu, kedua-dua negara hendaklah menubuhkan pusat kebudayaan di satu sama lain seawal mungkin bagi menyediakan platform baharu kepada pertukaran sosiobudaya.

Beliau turut meluahkan kesediaan untuk meningkatkan kerjasama dengan Turkmenistan dalam kerangka mekanisme pertemuan ‘China + Lima Negara Asia Tengah’, memantapkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global, dan merapatkan sinergi di peringkat antarabangsa.

Berdimuhamedov pula berkata Turkmenistan amat mengutamakan perkongsian strategik dengan China, dan bersedia terus memperdalam kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan, gas asli, pengangkutan rentas sempadan dan sosiobudaya.

Beliau turut menegaskan sokongan kukuh kepada prinsip satu China serta usaha China dalam memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah.

Gaya Hidup