Pesta Filem China Buka Tirai di Kuala Lumpur

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 16 September 2022
Pesta Filem China Buka Tirai di Kuala Lumpur

“Pesta Filem China” yang bertemakan “Ratusan Tahun Filem China, Pewarisan Filem” membuka tirai di Kuala Lumpur pada 15 September lalu. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam upacara perasmian tersebut menyatakan pihaknya akan terus meningkatkan kerjasama perfileman Malaysia-China melalui pesta kali ini.

Menurut laporan, 18 filem unggul dari China, filem klasik yang dipulihkan dan 2 filem terbitan Malaysia akan ditayangkan pada tempoh berlangsungnya 4 hari pesta itu.

Kebanyakan filem tersebut ditayangkan buat kali pertama di Malaysia. Pada waktu yang sama, aktiviti interaksi akademik seperti "Forum Pembikin Filem China-Malaysia" juga akan diadakan sempena pesta kali ini.

Filem terbitan bersama China-Malaysia "On Your Mark" dipilih sebagai filem tayangan perdana pesta kali ini. Filem tersebut berprestasi baik dalam ranking box-office semasa ditayangkan di China pada tahun yang lalu. Selain itu, filem tersebut dianggap amat bermakna kerana memperlihatkan komunikasi kebudayaan Malaysia-China.

Duta Besar China di Malaysia, Ouyang Yujing berkata, pesta filem kali ini telah menonjolkan sepenuhnya proses perkembangan yang berabad lamanya dan pencapaian cemerlang filem China, sekali gus mempamerkan hasil terkini antara interaksi dan kerjasama China dengan Malaysia dalam bidang perfileman. Beliau percaya bahawa Pesta Filem China ini akan membuka satu lagi jendela kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui China secara lebih lanjut, memperluas pandangan rakyat kedua-dua negara terhadap masyarakat dan kebudayaan masing-masing di samping terus mengintensifkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan termasuk perfileman.

Pesta Filem China kali ini dianjurkan bersama-sama oleh Jabatan Pentadbiran Filem China, Pusat Kebudayaan China di Kuala Lumpur dan Persatuan Filem dan Televisyen Cina Malaysia (CFAM). 

Gaya Hidup