Ekspo China-Eurasia Ketujuh di Urumqi

(CRI)Isnin 19 September 2022

Ekspo China-Eurasia edisi ketujuh diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Xinjiang di sini, secara hibrid bermula hari ini hingga Khamis.

Kira-kira 17,000 syarikat pempamer dari 32 negara dan wilayah menyertai ekspo itu secara dalam talian.

Pameran luar talian pula meliputi kawasan seluas 40,000 meter persegi, menyaksikan tiga zon yang khusus disediakan untuk kerjasama pelaburan dan perdagangan komoditi antarabangsa.

Dalam pada itu, zon pameran perdagangan komoditi menyediakan 2,101 gerai kepada pempamer membabitkan peralatan digital dan berteknologi canggih, pencegahan wabak awam dan perubatan, serta industri budaya, pelancongan dan sukan.

Selain itu, industri tenaga, bahan binaan hijau, hasil pertanian dan barang makanan, tekstil dan pakaian, jentera dan kenderaan turut menjadi tumpuan.

‘Muafakat, Bangun Bersama, Berkongsi, Bekerjasama Demi Masa Depan' ditetapkan sebagai tema ekspo kali ini.

Gaya Hidup