Tanaman Bijirin China Seluas 11.33 Juta Hektar Selesai Dituai

(CRI)Isnin 19 September 2022

Tanaman bijirin musim gugur seluas 11.33 juta hektar, iaitu 13.3% keseluruhan di peringkat kebangsaan China dilaporkan telah selesai dituai.

Menurut data statistik Kementerian Pertanian dan Urusan Luar Bandar China, tanaman bijirin yang sudah selesai dituai itu merangkumi separuh tanaman di kawasan bahagian barat daya, 20% di kawasan hilir dan tengah aliran sungai Yangtze serta kawasan bahagian selatan, 10% di kawasan bahagian barat laut, dan sedikit di kawasan bahagian timur laut dan kawasan aliran sungai Kuning dan sungai Huai.

Gaya Hidup