Wang Yi Temui Antony Blinken

(CRI)Isnin 26 September 2022
Wang Yi Temui Antony Blinken

Menteri Luar China, Wang Yi telah menemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken di Wisma Misi Tetap China ke PBB di New York pada Jumaat waktu tempatan.

Dalam pertemuan tersebut, Wang berkata, hubungan China-AS sedang dilanda serangan serius. AS perlu mengambil iktibar daripada hal ini. Pada saat yang kritikal ini, kedua-dua pihak perlu bersikap bertanggungjawab terhadap dunia, sejarah dan rakyat kedua-dua negara untuk mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan stabil.

Wang seterusnya menerangkan pendirian China yang tegas terhadap tindakan salah yang dilakukan AS mengenai isu Taiwan. Wang menegaskan bahawa isu Taiwan merupakan kepentingan teras China. Melindungi kedaulatan dan keutuhan wilayah merupakan misi China yang tidak mengandungi ungkapan yang kabur maknanya. Memandangkan AS pernah mengeluarkan komitmen politik yang jelas melibatkan isu Taiwan, negaranya dikehendaki terus mengamalkan “tiga pengumuman” China-AS dan prinsip “Satu China” di samping nyaring menentang sebarang cubaan dan tindakan untuk perpisahan dan “kemerdekaan Taiwan”.

Gaya Hidup