Dua Muzium Terkemuka China Lancarkan Pameran Bersama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 29 September 2022

Pameran artifak anjuran bersama Muzium Kota Larangan (the Forbidden City) dan Muzium Negara China telah membuka tirainya pada 28 September lalu. Ini merupakan kali pertama kedua-dua muzium tersebut bersama-sama mengadakan pameran khas.

Pameran kali ini dibahagikan kepada empat segmen dengan tema utama “he” (harmoni) untuk menunjukkan konotasi inklusif dan keharmonian kebudayaan China dari pelbagai dimensi serta maknanya bagi pembangunan mampan tamadun China.

Pameran tersebut akan berlangsung selama tiga bulan dan akan berakhir pada 3 Januari 2023.

Gaya Hidup