Rusia, AS Mahu Pulih Pemeriksaan dalam Rangka New START

(CRI)Jumaat 30 September 2022

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova semalam mengatakan, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk memulihkan kerja pemeriksaan dalam rangka Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (New START) di samping memulihkan rundingan fizikal anjuran jawatankuasa penasihat perjanjian tersebut.

Menurutnya, kerja pemeriksaan New START dihentikan bermula awal 2020 akibat penularan pandemik COVID-19. Kedua-dua pihak kini sedang berbincang untuk memulihkan kerja pemeriksaan melalui saluran berkenaan, dengan menumpu kepada kerja jawatankuasa penasihat khususnya rundingan fizikal yang dianggap perlu dipulihkan terlebih dahulu.

Gaya Hidup