Jokowi Seru Kukuh Kerjasama Pacu Pemulihan Ekonomi

(CRI)Sabtu 08 Oktober 2022

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyeru parlimen pelbagai negara memperkukuh kerjasama untuk mengatasi krisis global dan memacu pemulihan ekonomi dunia.

Dalam Sidang Kemuncak Speaker Kumpulan 20 (G20) edisi kelapan, Jokowi berkata parlimen pelbagai negara harus menyumbang kepada usaha merungkai krisis global ke arah mengekalkan dialog, menggalakkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan.

“Multilateralisme adalah cara paling berkesan untuk menangani cabaran bersama. Tiada mana-mana pun negara atau individu mampu menyelesaikan permasalahan secara sendiri," ujar beliau.

Gaya Hidup