Hutang Negara AS Lepasi USD31 Trilion Buat Kali Pertama

(CRI)Sabtu 08 Oktober 2022

Hutang negara Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi USD31 trilion, menurut data Jabatan Perbendaharaan.

Data berkenaan menunjukkan, jumlah baki hutang awam AS mencecah USD31.1 trilion setakat 3 Oktober, jauh melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang direkodkan negara itu sepanjang tahun lepas iaitu kira-kira USD23 trilion.

Menurut Yayasan Peter G. Peterson, perbelanjaan fiskal AS sudah pun menempuh satu jalan yang tidak mampan sebelum pandemik, dan keadaan kewangan negara itu berdepan cabaran agak getir susulan penularan wabak.

Gaya Hidup