Perketat Kawalan Eksport Semikonduktor, Pembulian Teknologi Tipikal

(CRI)Selasa 11 Oktober 2022

China membantah keras perbuatan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) mengetatkan lagi kawalan eksport membabitkan produk semikonduktor dan menyemak semula 'senarai tidak disahkan' berkenaan.

Bantahan disuarakan menerusi seorang jurucakap Kementerian Perdagangan dalam sesi taklimat pada Isnin.

Jurucakap itu berkata, perbuatan seumpama bukan sekadar menjejaskan hak dan kepentingan syarikat China, malah merosakkan kepentingan perniagaan sah syarikat eksport AS sendiri.

AS patut segera menghentikan tindakan salah dan memberikan layanan adil kepada syarikat dari seluruh dunia termasuk syarikat China.

Jurucakap itu turut menyifatkan amalan AS seumpama sebagai pembulian teknologi yang tipikal.

"Kelakuan AS bukan hanya membelakangi semangat kerjasama, tetapi juga menghalang pertukaran ekonomi dan perdagangan normal antara syarikat kedua-dua negara.

"Ia malahan menjejaskan teruk peraturan pasaran dan orde ekonomi antarabangsa, selain mengancam kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global,” katanya.

AS dilaporkan mengalih keluar sembilan entiti China dari 'senarai tidak disahkan', namun memasukkan lagi 31 entiti China ke dalam senarai itu.

Gaya Hidup