Dagangan Perkhidmatan China Kekal Rancak

(CRI)Rabu 12 Oktober 2022

Sektor perdagangan perkhidmatan China terus mengekalkan pertumbuhan mantap dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, menurut data terkini Kementerian Perdagangan.

Data berkenaan menunjukkan, jumlah keseluruhan import dan eksport perkhidmatan mencapai RMB3.937 trilion (RM2.572 trilion) dalam lapan bulan pertama, naik 20.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Antaranya, jumlah eksport mencatat RMB1.908 trilion (RM1.246 trilion), menokok 23.1 peratus manakala import RMB2.029 trilion (RM1.325 trilion), menyaksikan peningkatan sebanyak 17.9 peratus.

Gaya Hidup