Tahniah Peng Liyuan untuk Majlis Penyampaian Hadiah UNESCO 2022

(CRI)Rabu 12 Oktober 2022

Isteri Presiden China Xi Jinping, Profesor Peng Liyuan menyampaikan perutusan tahniah kepada majlis penyampaian Hadiah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita yang diadakan di Paris pada Selasa.

Peng, yang juga utusan khas UNESCO terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada sejumlah institusi dari Kemboja dan Tanzania yang menampil sebagai pemenang hadiah.

Peng menjelaskan bahawa pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan kaum wanita bukan sahaja berkaitan dengan pembangunan kaum wanita sendiri, tetapi juga merupakan aspek penting dalam pembangunan mampan masyarakat umat manusia.

“China sentiasa menumpukan perhatian kepada pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan kaum wanita sehingga keupayaan, sumbangan dan penglibatan kaum wanita dalam pembangunan sosioekonomi terus meningkat.

“Sebagai utusan khas UNESCO, saya sudi bekerjasama dengan semua pihak untuk menghimpunkan kekuatan dengan kasih sayang, menyampaikan keyakinan dengan ketabahan bagi mendorong perkembangan pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita ke arah lebih saksama, inklusif dan berkualiti, sekali gus menyumbang kepada usaha menggalakkan pembangunan mampan global dan membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata Peng Liyuan.

Hadiah pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita yang ditubuhkan bersama China dan UNESCO merupakan satu-satunya hadiah yang bertujuan mendorong perkembangan pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita.

Hadiah itu berperanan penting dalam mempromosikan konsep kesamarataan jantina, praktik yang cemerlang dalam pendidikan serta amalan yang mengutamakan kesamarataan jantina di dunia, dan turut mendapat tumpuan meluas dan penghargaan tinggi masyarakat antarabangsa.     

Gaya Hidup