Kuliah Ketiga Anjuran Stesen Angkasa Lepas China

(CRI)Khamis 13 Oktober 2022

"Kuliah Tiangong" ketiga berjaya diadakan oleh krew Shenzhou-14 China yang terdiri daripada angkasawan Chen Dong, Liu Yang, dan Cai Xuzhe kepada golongan belia di Bumi pada pukul 4.01 petang Rabu.

Dimaklumkan, kuliah ini buat kali pertama dijalankan dalam modul makmal Wentian.

Sepanjang berlangsungnya kuliah selama 50 minit itu, tiga orang angkasawan China berkesempatan untuk menerangkan perincian kerja rutin dan kehidupan mereka dalam modul makmal Wentian serta mempamerkan uji kaji yang melibatkan kesan kapilari (capillary effect experiment), getaran campuran cecair dan cecair-pepejal (the vibration of liquid and liquid-solid mixtures), minum air dengan menggunakan satu penyedut yang sangat panjang, sepana yang boleh berputar dan terbalik (rotating and flipping wrenches), dan kemudian menjelaskan prinsip saintifik uji kaji berkenaan. 

Selain itu, tiga angkasawan itu juga memperkenalkan kajian tentang pertumbuhan padi dan arabidopsis thalianaa di stesen angkasa lepas.

Seramai kira-kira 400 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah diberi peluang mengikuti “Kuliah Tiangong” yang bilik darjah utamanya terletak di Pusat Teknologi dan Kejuruteraan bagi Penggunaan Angkasa Akademi Sains China (CSU), manakala tiga bilik darjah lain berada di provinsi Shandong, Henan, dan Yunnan.   

Menurut maklumat berkenaan, “Kuliah Tiangong” akan terus dijalankan bagi memperkenalkan pengetahuan tentang aeroangkasa dalam proses pembinaan dan pengoperasian stesen angkasa lepas China pada masa kelak.

Gaya Hidup