Lima Pameran Teknologi Musim Luruh HKTDC Dirasmikan di Hong Kong

(CRI)Jumaat 14 Oktober 2022

Lima pameran teknologi musim luruh dirasmikan di Hong Kong pada Khamis untuk mempromosikan produk pintar yang inovatif yang terkini, penyelesaian perbandaran pintar serta perkhidmatan dan maklumat berkenaan.

Siri pameran anjuran Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) ini menarik penyertaan kira-kira 1,000 pempamer dari seluruh dunia secara hibrid.

Dengan bertemakan "Inovasi untuk Kehidupan yang Lebih Baik", temasya tersebut melibatkan Pameran Elektronik (edisi musim luruh), Pameran Electronik Asia, Ekspo Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Antarabangsa, Pameran Pencahayaan Antarabangsa (edisi musim luruh) dan Ekspo Lampu Luar dan Tech Antarabangsa Hong Kong. Sementara itu, siri pameran akan diadakan secara fizikal di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC) selama empat hari.

Yang amat menyerlah dalam temasya tersebut adalah sejumlah pavilion yang berteraskan pameran 'Smarter Hong Kong' yang merangkumi mobiliti pintar, kehidupan pintar, persekitaran pintar, kerajaan pintar, lapangan terbang pintar, kampung pintar dan penyelesaian pintar dalam membendung COVID-19.

Difahamkan lagi, sektor awam juga melibatkan diri dalam siri pameran tersebut untuk memperkenalkan tindakan yang diambil dan hasil penyelidikan sains yang dibuahkan oleh kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dalam pembangunan perbandaran pintar, memperkasa pertukaran dan kolaborasi dengan negara lain demi menggubal lebih banyak pakej penyelesaian untuk memudahkan kehidupan penduduk tempatan.

Gaya Hidup