Kemajuan Teknologi China Bawa Manfaat Buat Semua

(CRI)Sabtu 15 Oktober 2022

Dengan berpandukan prinsip terbuka, inklusif dan saling untung, kemajuan teknologi China bukan sahaja berkhidmat untuk rakyatnya sendiri malah mendatangkan manfaat kepada masyarakat antarabangsa, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning.

Taufan Julia dilaporkan membadai beberapa negara Amerika Tengah dan Selatan mutakhir ini. China serta-merta menyediakan sokongan teknologi terhadap tindak balas bencana di negara terbabit dengan menggerakkan satelit penderiaan jauh.

Mao berkata China sentiasa aktif dalam menghulurkan bantuan kepada negara Amerika Tengah dan Selatan bagi menangani bencana alam.

"Atas permintaan negara-negara berkenaan, kami (China) segera menawarkan sokongan teknologi angkasa yang didukung satelit penderiaan jauh."

"Kami akan terus mengekalkan komunikasi dengan pihak terbabit untuk memberi sokongan dari segi pemantauan bencana serta kerja penilaian pasca bencana,” ujar beliau semasa sesi taklimat pada Jumaat.

Gaya Hidup