Tanaman Bijirin Musim Gugur Seluas Lebih 65.8 Juta Hektar Selesai Dituai

(CRI)Selasa 18 Oktober 2022

Tanaman bijirin musim gugur yang seluas lebih 65.8 juta hektar yakni 75.7% keseluruhan China, telah selesai dituai.

Menurut maklumat daripada Kementerian Pertanian dan Desa semalam, masa sekarang merupakan fasa terakhir menuai tanaman padi di kawasan sawah seluas 48,000 hektar di Yingshang, provinsi Anhui. Semua mesin penuai yang digunakan di tempat itu pada tahun ini telah dilengkapi alat khas yang terbukti boleh berfungsi menurunkan kadar lolos tuaian pada kadar 1.6% secara puratanya.

Di provinsi Jilin pula, mesin pertanian yang berkecekapan tinggi dan pintar diterimaguna secara menyeluruh pada tahun ini, misalnya mesin penuai jagung yang berfungsi sepanjang proses penuaian secara mekanik.

Menurut maklumat lagi, kerja menyemai gandum musim sejuk sudah diselesaikan hampir 40% di seluruh negara.

Gaya Hidup