BRI Bukan Percaturan Geopolitik Melainkan Acuan Baharu Kerjasama Antarabangsa

(CRI)Rabu 19 Oktober 2022

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bukan hasil percaturan geopolitik yakni mentaliti yang sudah ketinggalan zaman, melainkan acuan baharu dalam kerjasama antarabangsa.

Menurut laporan berkenaan, BRI telah menimbulkan respons besar di arena antarabangsa sejak dikemukakan pada 9 tahun yang lalu. Ada ulasan yang berpendapat bahawa China mendorong pembinaan BRI sekadar berdasarkan pertimbangan dari segi geopolitik. Menyentuh ulasan seumpama itu, Wang menekankan bahawa BRI menyasarkan pentas besar yang terbuka dan inklusif. Kini, terdapat banyak lagi inisiatif berkaitan pembinaan infrastruktur yang dikeluarkan berturut-turut di seluruh dunia, yang justeru boleh membuktikan pengaruh BRI yang besar dalam senario global serta peranannya sebagai penunjuk jalan. China memegang sikap terbuka bagi penyertaan sebarang pihak dalam pembinaan bersama BRI, di samping bersedia menyelaraskan pelaksanaan BRI dengan inisiatif anjuran negara lain dalam bidang pembinaan infrastruktur supaya dapat menyediakan lebih banyak produk awam yang bermutu tinggi kepada dunia.

Wang berkata, China telah menandatangani perjanjian yang saling mengiktiraf “peniaga yang diiktiraf” dengan lebih 30 buah negara dan kawasan dalam kerangka BRI.

Setiausaha Agung PBB, António Guterres pernah menunjukkan bahawa BRI yang sama dengan matlamat memacu pembangunan lestari adalah kondusif bagi pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan PBB 2030.

Menurut Wang, China berharap bersama-sama semua rakan kerjasama dalam mendorong pembangunan BRI ke arah yang berkualiti tinggi demi memberi sumbangan lebih besar kepada pembangunan bersama dengan pelbagai negara.

Gaya Hidup