Penularan COVID-19 Masih Kritikal

(CRI)Jumaat 21 Oktober 2022

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin menyatakan wabak COVID-19 masih diratifikasi sebagai peristiwa kecemasan kesihatan awam global.

Ketika ditanya tentang soalan berkenaan, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa China sentiasa memberi perhatian pada perkembangan situasi pandemik COVID-19. Kini, situasi penularan wabak tersebut masih dilihat kritikal, sedangkan mutasi virus tanpa berhenti membawa banyak unsur yang tidak menentu.

Wang menegaskan bahawa kerajaan China yang selama ini memegang konsep mengutamakan rakyat dan keselamatan nyawa, akan meneruskan pelaksanaan garis panduan “mencegah kemasukan kes terjangkit dari luar, mengawal peningkatan kes terjangkit dalam wilayah” dan dasar “dinamik sifar”, serta menyelaraskan pencegahan dan kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonmi demi menjamin keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat. China berkeyakinan besar untuk mengatasi wabak COVID-19 dan memberi sumbangan lebih besar kepada peningkatan solidariti dunia dalam menangkis pandemik tersebut.

Gaya Hidup