Bagaimana China Beri Sumbangan kepada Kerjasama Global pada Masa Seminit?

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 21 Oktober 2022

Penolong Menteri Luar China, Hua Chunying telah memuat naik 10 keping gambar bertajuk “Bagaimana China memberi sumbangan kepada kerjasama global pada masa seminit?” di Twitter pada pagi 15 hb Oktober lalu. Gambar-gambar tersebut melibatkan pencapaian cemerlang yang dilakar China dalam interaksi dan kerjasama dengan pelbagai negara.

1. Kereta api kargo China-Eropah menghantar 3 TEU kontena pada setiap minit.

2. Sebanyak 30 orang penumpang dan 7 TEU kontena dihantar ke destinasi melalui Landasan Kereta Api Mombasa-Nairobi pada setiap minit.

3. Sebanyak 6,088 kWh elektrik dijana Stesen Janakuasa Hidroelektrik Karot di Pakistan pada setiap minit. Stesen tersebut dilabur dan dibina oleh syarikat China, yang boleh memenuhi keperluan 5 juta orang penduduk tempatan terhadap tenaga elektrik.

4. Pengangkutan seramai 16 orang penumpang dan sebanyak 230 kg kargo diuruskan di Lapangan Terbangsa Antarabangsa Velana Maldives pada setiap minit. Projek pembesaran dan penaiktarafan lapangan terbang itu dijalankan oleh syarikat China.

5. Sistem bekalan air yang dibina oleh syarikat China di Cabinda, Angola boleh membekalkan air sejumlah 35 meter padu pada setiap minit. Projek tersebut memberi telah manfaat kepada 600 ribu penduduk tempatan.

6. Jumlah import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalam inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah mencatat RMB 25.3 juta pada setiap minit.

7. Hampir 1.5 tan buah ceri diimport China dari Chile pada setiap minit.

8. Sebanyak 516,529 cip buatan China dieksport ke luar negara pada setiap minit.

9. Akan ada 8 orang China membeli kereta Jerman pada setiap minit.

10. Sebanyak 166 iPhone dikirim dari China pada setiap minit.

Gaya Hidup