Apa yang Sedang Berlaku di China dalam Masa Seminit?

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 21 Oktober 2022

Penolong Menteri Luar China, Hua Chunying telah berkongsi 10 keping gambar di Twitter pada pagi 15 hb Oktober lalu. Gambar-gambar itu mengenai pencapaian cemerlang yang dilakar China yang dapat diperlihatkan dalam setiap rincian kehidupan rakyat. Hua memberinya tajuk “Apa yang sedang berlaku di China dalam masa seminit?”

1. Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Fuxing berjalan sejauh 5,833 meter pada setiap minit.

2. Hutan atau padang rumput bertambah 12.7 hektar di China pada setiap minit.

3. Sistem navigasi satelit Beidou diakses sebanyak lebih 70 juta kali oleh pengguna dari lebih 200 buah negara dan kawasan pada setiap minit.

4. China akan mengeluarkan 10 buah kenderaan tenaga baharu pada setiap minit.

5. Sebanyak 287,700 pembayaran mudah alih yang bernilai melebihi RMB 1 bilion dibuat di China pada setiap minit.

6. Sebanyak 32 ribu pesanan perkongsian basikal dibuat di China pada setiap minit.

7. Sebanyak 206 ribu bungkusan pos dihantar atau diterima di China pada setiap minit.

8. Sebanyak 31.25 juta mesej dihantar melalui Wechat pada setiap minit.

9. Pesanan yang bernilai USD 266,000 akan diselesaikan dalam platform penghantaran makanan di China pada setiap minit.

10. Lebuh raya atau jalan sepanjang 481 meter dibina atau diubahsuai di kawasan luar bandar di China pada setiap minit.

Gaya Hidup