Baktikan Usia Muda di Medan Operasi SAR

(CRI)Isnin 24 Oktober 2022

Yu Ruofei, 32, wakil Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) dari provinsi Gansu, membaktikan zaman mudanya di barisan hadapan operasi bantuan bencana.

Beliau menyandang jawatan kapten Blue Sky Rescue (BSR), iaitu sebuah agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa dan organisasi penyelamat sukarela profesional yang diasaskan di China pada 2007.

Pada 2012, Yu yang masih bergelar mahasiswa buat pertama kalinya menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) BSR sebagai sukarelawan ketika berlakunya tanah runtuh di kampungnya di kaunti Min, provinsi Gansu, barat laut China.

Sejak itu, Yu memilih menganggotai BSR dan mengetuai penubuhan cawangan BSR di provinsi Gansu pada 2013.

Sepanjang sepuluh tahun lalu, Yu dan pasukannya berjaya menyelamat dan merawat hampir 700 individu dalam lebih 940 operasi SAR termasuk gempa bumi 2013 di Ya’an, barat daya China dan gempa bumi 2015 di Nepal.

Jika lapang, Yu juga selalu menjejakkan kaki ke sekolah tempatan untuk menyebarkan pengetahuan mengenai pencegahan bencana serta cara menyelamatkan diri ketika berlaku bencana alam.

Yu berkata kebanyakan sukarelawan BSR mempunyai kerjaya sendiri, namun tetap berkumpul apabila berlakunya bencana kerana mereka menyemai cita-cita yang sama, iaitu berbakti kepada usaha SAR.

 

Gaya Hidup