5,000 Kereta Api Kargo China-Eropah Lalui Genting Alataw, Xinjiang

(CRI)Selasa 25 Oktober 2022

Setakat 24 Oktober lalu, jumlah kereta api kargo China-Eropah yang keluar masuk melalui pelabuhan Genting Alataw di wilayah Xinjiang China mencatat 5,062 dengan muatan kargo melebihi 10 juta tan.

Sejak awal tahun ini, pembukaan 26 laluan kereta api baharu melalui pelabuhan Genting Alataw menjadikan jumlah keseluruhannya mencapai 91.

Selain itu, antara kargo eksport, kebanyakannya adalah alat ganti kenderaan, produk elektronik, barang kegunaan seharian dan lain-lain. Manakala barangan import termasuk kenderaan, kayu, makanan, kelengkapan mekanik dan lain-lain.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan