Canton Fair Layan 510,000 Pembeli Global

(CRI)Rabu 26 Oktober 2022

Pameran Import dan Eksport China atau 'Canton Fair' edisi ke-132 berjalan lancar sejak pembukaannya secara dalam talian pada 15 Oktober.

Pameran kali ini mencipta rekod tertinggi apabila bilangan syarikat pempamer mencatat 35,000, meningkat 40 peratus berbanding edisi sebelumnya.

Seramai 510,000 pembeli dari 229 negara dan wilayah antaranya 55.72 peratus yang berasal dari negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), turut hadir menyaksikan pameran berkenaan secara maya.

Canton Fair kali ini mencapai keberhasilan signifikan dalam penyelarasan pembekalan dan pembelian global, sementara pengisian juga diatur khusus untuk memudahkan kerjasama antara perusahaan dari dalam dan luar negara.

Pihak penganjur turut mengatur sebanyak 200 slot bagi mempertontonkan produk baharu serta 1,000 kali sesi interaksi antara pembeli dengan pempamer.

Difahamkan, e-platform Canton Fair akan terus dibuka hingga 15 Mac 2023 bagi menawarkan perkhidmatan untuk kerjasama perdagangan syarikat tempatan dan asing.

Gaya Hidup