Ahli Ekonomi Pesimistik Terhadap Prospek Ekonomi AS

(CRI)Jumaat 28 Oktober 2022

Beberapa ahli ekonomi Amerika Syarikat (AS) mengunjurkan bahawa ekonomi negara itu menghadapi risiko kemelesetan dan kenaikan kadar pengangguran pada tahun depan.

Menurut analisis mereka, kenaikan kadar faedah simpanan oleh Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengekang inflasi, dan kadar faedah gadai janji yang terus melonjak mengakibatkan jumlah pelaburan dalam rumah kediaman menurun. Sementara itu, peningkatan jumlah perbelanjaan penggunaan individu yang menyumbang 70 peratus dalam jumlah ekonomi AS menurun dengan ketara pada suku ketiga berbanding suku kedua, menunjukkan pertumbuhan penggunaan yang lembap.

Menurut tinjauan The Wall Street Journal terhadap beberapa ahli ekonomi baru-baru ini, seiring peningkatan faedah Fed dan ekonomi menjadi perlahan, ekonomi AS akan mengalami kemelesetan dalam 12 bulan akan datang.

Gaya Hidup