Warisi Budaya Tradisi Cemerlang untuk Pembangunan pada Masa Sekarang: Xi

(CRI)Isnin 31 Oktober 2022

Tapak arkeologi Yinxu yang seluas kira-kira 30 kilometer persegi terletak di sebelah barat laut bandar Anyang, provinsi Henan di tengah China. Ia merupakan tapak ibu kota zaman purba yang melibatkan masa ekskavasi paling panjang, kali paling banyak dan kawasan paling luas di negara ini.

Presiden China, Xi Jinping ketika meninjau ke tapak itu pada 28 Oktober lalu mengatakan bahawa budaya tradisi bangsa China yang cemerlang merupakan 'akar' bagi teori baharu Parti Komunis China (PKC). Oleh itu, rakyat China perlu mengukuhkan keyakinan kebudayaan, meningkatkan keyakinann diri dan rasa bangga sebagai orang China.

Xi menyatakan, tulisan yang dipahat pada tulang dan karapas kura-kura yang ditemui di tapak Yinxu membuktikan sejarah China yang ada bukti selama lebih 3,000 tahun.

China telah mengayunkan langkah ke perjalanan baharu untuk membina negara sosialis moden secara komprehensif. Dan kita lebih perlu mencari asal usul budaya tradisional yang cemerlang dan menimba kebijaksanaan dan tenaga dari tamadun China.

Kita perlu mewarisi budaya tradisi yang cemerlang, dan meningkatkan kekuatan rohani untuk mendorong kebangkitan nusa dan bangsa China. Inilah isyarat yang disampaikan oleh Presiden Xi ketika melawat tapak Yinxu baru-baru ini.

Gaya Hidup