Buah Epal Jana Pendapatan Kampung Nangou

(CRI)Isnin 31 Oktober 2022

Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan di bandar Yan'an, provinsi Shaanxi baru-baru ini.

Ketika mengadakan lawatan ke kebun epal di kampung Nangou di luar bandar Yan'an, beliau telah mengimbas kembali pengalaman bekerja di bandar itu selama tujuh tahun ketika masih muda.

Melihat pemandangan tuaian epal yang lumayan dan perubahan yang menakjubkan di sana, beliau berkata bahawa "perubahan negara China boleh dilihat melalui perubahan di utara provinsi Shaanxi".

Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang menutup tirainya baru-baru ini memberi panduan kepada usaha untuk mendorong kebangkitan nusa dan bangsa melalui modenisasi ala China.

Sempena lawatan pertama selepas kongres itu, Xi menegaskan bahawa usaha harus dipergiat untuk menggalakkan pembangunan desa secara menyeluruh untuk merealisasikan modensisasi pertanian dan luar bandar di negara ini.

Gaya Hidup