PMI Pembuatan China Catat 49.2 Peratus pada Oktober

(CRI)Isnin 31 Oktober 2022

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor pembuatan China mencatat 49.2 peratus pada Oktober, menurun 0.9 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.

Data itu diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) dan Pusat Tinjauan Industri Perkhidmatan Biro Statistik Negara (NBS) pagi tadi.

Walaupun terkesan akibat faktor seperti penularan pandemik, sektor pembuatan China terus menunjukkan prestasi mantap, menyaksikan 11 daripada 21 industri yang ditinjau merekodkan perkembangan.

"Sektor-sektor berkaitan kehidupan rakyat mengekalkan pertumbuhan stabil susulan keperluan keseluruhan pasaran kami (China) masih agak besar.

"Selain itu, pembuatan berteknologi tinggi seperti jentera pembinaan, kenderaan tenaga alternatif dan sebagainya juga mempamerkan momentum pertumbuhan kukuh," kata Penolong Presiden CFLP He Hui.

Gaya Hidup