China Ulang Komitmen Terus Perluas Keterbukaan

(CRI)Selasa 01 November 2022

China terus komited untuk memperluas keterbukaan, kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian.

Zhao memetik laporan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) sebagai berkata, China akan mempertingkatkan kualiti dan taraf kerjasama perdagangan dan pelaburan, di samping memperluas keterbukaan secara keinstitusian.

"China juga akan berusaha mengoptimumkan persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa."

"Kesemua ini memperlihatkan keazaman China dalam mencapai keterbukaan bertaraf tinggi," katanya semasa sidang media pada Isnin.

Gaya Hidup