Li Ucap Tahniah Matekane Dipilih PM Lesotho

(CRI)Rabu 02 November 2022

Perdana Menteri China Li Keqiang mengutus kawat tahniah kepada Sam Matekane yang dipilih sebagai Perdana Menteri Lesotho, pada Jumaat.

Li menyatakan hubungan China-Lesotho terus berkembang dengan stabil dan sihat, menyaksikan kesalingpercayaan politik, kerjasama pragmatik dan persahabatan sesama rakyat semakin kukuh.

China amat mementingkan hubungan kedua-dua negara dan bersedia bersama Lesotho memperluas kerjasama saling untung dalam pelbagai bidang, sekali gus mempertingkat hubungan bilateral hingga mendatangkan lebih banyak manfaat buat rakyat kedua-dua negara.

Gaya Hidup