China Sahabat Sejati Negara Membangun

(CRI)Jumaat 04 November 2022

China, sahabat sejati dan rakan boleh dipercayai bagi negara-negara membangun, akan sentiasa berkongsi nasib dan berkembang bersama negara berkenaan, kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian.

Zhao turut menyifatkan kerjasama China-Afrika sebagai gambaran kekukuhan kolaborasi antara China dengan negara membangun lain.

Hasil tinjauan oleh You Gov Britain mendapati rakyat negara Afrika bersikap lebih positif terhadap China dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Sebanyak 83 peratus responden dari Nigeria berpendapat China memberi pengaruh positif dalam urusan antarabangsa, manakala Kenya (82 peratus), Afrika Selatan (61 peratus) dan Mesir (57 peratus).

Angka yang dicatatkan pada 2022 itu masing-masing meningkat lebih 10 mata peratusan berbanding tahun lepas.

Zhao berkata dapatan tinjauan itu sekali lagi membuktikan kerjasama China-Afrika mendatangkan manfaat besar kepada rakyat benua itu, dan mendapat sokongan penuh daripada masyarakat tempatan.

Tambah beliau, usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menjanjikan masa depan yang penuh peluang kepada rakyat negara membangun.

Gaya Hidup