Pacu Pembangunan Pertanian dengan Manfaatkan Teknologi Maju

(CRI)Isnin 07 November 2022

Di kawasan desa China, terdapat sekumpulan petani belia. Mereka mengoptimumkan ladang pertanian dengan konsep lebih baharu, teknologi lebih cekap dan model pengurusan yang lebih saintifik.

Mereka berusaha mengubah kaedah penanaman pertanian tradisional menerusi mod baharu tersebut, sekali gus menjadikan hasil tanaman berkualiti tinggi.

Golongan belia dengan purata umur kurang daripada 29 tahun tersebut menguruskan ladang masing-masing secara harian.

PPT, data dan aliran data telah menjadi perkataan yang sering disebut dalam perbincangan mereka.

Li Ting mengetuai satu kumpulan yang terdiri daripada 11 anggota petani belia, dan kesemuanya merupakan graduan universiti dengan latar belakang berbeza termasuk pertanian, kewangan dan kewartawanan.

Li beranggapan bahawa kelebihan anggotanya adalah kepintaran dalam mengaplikasikan teknologi data semasa menjalankan aktiviti pertanian.

Maklumat analisis data yang melibatkan kitaran pertumbuhan tanaman, perubahan dalam keadaan pasaran, prestasi terminal jualan, dan potret kumpulan pelanggan adalah sama penting dengan benih, baja dan racun perosak bagi Li dan pasukannya.

Merujuk kepada maklumat tersebut, Li menetapkan hala tuju pembangunan yang berorientasikan pasaran dan mengusahakan tanaman mengikut tempahan.

Walaupun struktur tanaman untuk cili, labu dan brokoli sentiasa diubah suai, namun ia boleh memastikan hasil tanaman berkenaan laris dijual dalam pasaran.

Li kini telah membina kemudahan dan peralatan pertanian baharu seperti bengkel pembenihan digital, storan sejuk, pembenihan boleh alih dan sistem pemercik automatik melalui sokongan modal masyarakat.

Kesungguhan berkenaan memang menawarkan bantuan dari segi teknologi santifik, hingga memudahkan aktiviti pertanian tempatan.

Gaya Hidup