Import Eksport China Meningkat 9.5% 10 Bulan Pertama Tahun Ini

(CRI)Isnin 07 November 2022

Jumlah import eksport perdagangan China meningkat 9.5 peratus dengan mencatat RMB34.62 trilion (RM22.77 trilion) pada 10 bulan pertama tahun ini berbanding dengan tempoh sama tahun lepas.

Data rasmi dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GAC) hari ini menunjukkan, eksport negara ini meningkat sebanyak 13 peratus dengan mencatat RMB19.71 trilion (RM12.96 trilion), manakala import merekodkan peningkatan 5.2 peratus dengan menokok RMB14.91 trilion (RM9.8 trilion).

Menurut maklumat lain, import eksport China dengan ASEAN, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Korea Selatan masing-masning meningkat 15.8%, 8.1%, 6.8% dan 6.5%. Antaranya, ASEAN terus merupakan rakan dagang terbesar bagi China, dan berhubungan dengan 15.2% keseluruhan perdagangan luar China.

Serentak itu, jumlah import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta rakan dagang Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) turut merekodkan pertumbuhan sebanyak 20.9 peratus dan 8.4 peratus.

Gaya Hidup